
KUALA LUMPUR: Gerakan memboikot dilihat tidak memberikan kesan ketara kepada ekonomi negara memandangkan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil, iaitu 2.4% pada suku pertama tahun ini.
Kementerian Ekonomi berkata, kerajaan akan terus berusaha memastikan ekonomi negara terus berkembang dan tidak terkesan dengan gerakan pemboikotan itu.
Ia menjelaskan pembaharuan struktur ekonomi yang sedang dilaksanakan dijangka menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi bagi mempercepat peralihan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
“Pada masa yang sama, syarikat berjenama tempatan wajar mengambil peluang serta lebih kreatif dan inovatif dalam menawarkan produk tempatan yang berkualiti dan memenuhi cita rasa rakyat…