
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berpandangan konsert membabitkan artis antarabangsa masih boleh diadakan di tiga negeri ditadbir parti itu asalkan penghiburnya tidak membudayakan gaya hidup songsang.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pihaknya tidak menghalang jika sesebuah konsert itu tidak bercanggah dengan budaya tempatan.
“Jika melibatkan artis dipercayai mempromosi gaya hidup songsang, jawapannya ya,” kata Fadhli menjawab soalan FMT sama ada pihaknya akan turut membantah jika konsert antarabangsa dianjurkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS.
Pada 19 Ogos lalu, Fadhli secara terbuka membidas penganjuran bertalu-talu konsert mega yang didakwanya “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”.
Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam…