

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan beliau kini masih belum dapat mengawal pergerakan kakinya selepas terjatuh di rumah tiga bulan lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, tokoh berusia 100 tahun terbabit berkata beliau sedang melakukan rutin senaman pagi apabila secara tiba-tiba kaki kanannya hilang tenaga sebelum beliau terjatuh, menyebabkan kecederaan pada bahagian pinggul.
Beliau turut mengalami kecederaan ringan di kepala dan menanggung kesakitan yang teruk selepas insiden tersebut.
Dalam perkongsian di audio siar Dr M di Instagram, beliau berkata:
“Saya sedang buat senaman, berjalan. Tiba-tiba satu kaki saya, kaki kanan saya, hilang kuasa. Bila hilang kuasa, saya jatuh.
“Sekarang ini, selepas tiga bulan, saya sudah sembuh dan boleh berdiri, tetapi saya tidak boleh kawal kaki — macam tak…