

Onn Hafiz Ghazi berkata debat terbuka antara calon PRN Johor bukan pendekatan sesuai kerana dikhuatiri mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang tempoh berkempen.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, budaya politik di negeri itu selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbuka.
Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi perjalanan persidangan DUN Johor yang sentiasa berlangsung dalam suasana terkawal serta saling menghormati.
“Saya lihat cara kita di Johor bukanlah dengan bertikam lidah atau berdebat secara terbuka. Kalau kita tengok sidang DUN pun, keadaannya tidak begitu. Ia harmoni, tertib dan menjaga adab.
“Kadang-kadang apabila diadakan debat terbuka, ia mengundang pasukan serta penyokong yang lebih emosional daripada individu yang berdebat itu sendiri.
“Jadi, bagi…