Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Boleh Faham Kepedihan Isteri Bila Suami Dirampas” – Nadia Annuar Enggan Berkenalan Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang

today15 December 2023

Background

Bekas pengacara Wanita Hari Ini, Nadia Annuar mengeaskan dia tidak akan menjadi perosak rumah tangga orang lain dengan memilih lelaki berstatus suami orang.

Katanya, itu merupakan prinsipnya sebagai seorang yang pernah bergelar isteri sekaligus dia cuba mengelak untuk dilabel sebagai penyondol.

“Saya boleh faham kepedihan golongan isteri apabila suami mereka dirampas. Buat masa ini memang saya elak untuk memilih jodoh seperti ini kelak.

“Lelaki berstatus suami orang saya tolak sebab saya pernah jadi isteri dan memiliki seorang suami sebelum ini,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, Nadia, 39, berkata, ibunya yang merupakan seorang usahawan produk kecantikan popular, Kak Ton turut melarangnya untuk menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

Bahkan, sebagai seorang wanita dia menegaskan masih berfikiran waras dan tidak mahu menyakiti hati kaum sejenisnya.

“Tak guna sakiti sesama perempuan sebab lelaki.

“Mana yang kita boleh elak, elak. Mak saya juga tidak mahu dan marah kalau saya ambil suami orang,” jelasnya.

Terdahulu, Nadia mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan status perkahwinannya bersama suami yang dibina selama 8 tahun terlerai.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ya, Saya Single! Tapi Tak Available” – Nadia Annuar Sah Bercerai Kali Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Semua Perkahwinan Berakhir Sebab Salah Satu Pihak Jahat!” – Nadia Annuar Kesal Dituduh Diri Bermasalah Punca Bercerai Kali Ke-2

ARTIKEL BERKAITAN:Kahwin Lagi Lepas Dua Perkahwinan Gagal? Nadia Annuar Serik, Trauma… Tapi Ramai Juga Yang Cuba Dekati

 

Sumber: Kosmo

Written by: Aqilah