
PETALING JAYA: Pemuda Umno menolak pemberian sebarang imbuhan kepada bekas ahli yang mahu kembali ke parti itu, kerana mereka harus menunjukkan keikhlasan diri dalam mendukung semula perjuangan parti.
Ketua Pemuda Asyraf Wajdi menegaskan Umno memerlukan ahli yang ikhlas dan tidak menyimpan dendam terhadap mereka yang keluar parti namun sifat terbuka itu tidak harus disalah guna.
“Kita tak boleh selamanya mempunyai berdendam kepada sesiapa, walaupun perit kita ditinggalkan bila mana parti ini memerlukan pejuang sejati.
“Tetapi kalau harap imbuhan…ini antara perkara yang saya tentang habis-habisan,” katanya dalam temubual dengan FMT.
Asyraf berkata kepimpinan tertinggi Umno bersetuju untuk tidak menyantuni kehendak seperti itu.
“Apa yang penting mereka harus ikhlas untuk menyokong…