PETALING JAYA: Peluang pekerjaan berpendapatan tinggi akan bertambah banyak ketika Malaysia beralih ke ekonomi hijau di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Sebilangan besar pekerjaan ini mungkin dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, terutama tenaga solar.
Menerusi NETR, solar dijangka membentuk sebahagian besar daripada tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Bagi memastikan kejayaan NETR dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu, kerajaan menaikkan peruntukan bagi Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Nasional kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2025, meningkat daripada RM200 juta dalam bajet sebelumnya.
Bagaimanapun, peluang pekerjaan tidak akan terhad kepada industri tenaga boleh diperbaharui, menurut ahli ekonomi Lee Heng Guie kepada FMT.
Malah mereka yang berada dalam sektor…