Site icon Hot FM

‘Bom’ di kargo KLIA, rupanya bungkusan berisi komputer riba


Ketua Polis KLIA Azman Shari’at, berkata ancaman di pusat kargo KLIA disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. (Gambar Polis KLIA)

PUTRAJAYA: Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.

Ketua Polis KLIA Azman Shari’at, berkata polis menerima laporan pada 1.30 tengah hari oleh petugas yang mengendalikan mesin pengimbas mengenai penemuan bungkusan yang dialamatkan kepada seseorang di Limbang, Sarawak.

“Semakan petugas mendapati bungkusan itu tertulis ‘Awas, jangan campak nanti meletup, ini bom’, semasa diimbas, bungkusan itu dipercayai mengandungi bateri dan beberapa wayar,” katanya ketika dihubungi.

Azman berkata susulan itu, Unit Pemusnah Bom telah mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu tembakan menggunakan “pigstick” yang dipasang pada robotik dan tiada sebarang letupan berlaku.

Setelah prosedur…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version