Hot FM

Bom ikan meletup, lelaki maut, rakan parah



Polis berkata, mangsa Amirudin Khairudin, 44, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Azlan Ali, 40, parah.

IPOH: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah, akibat terkena bahan letupan buatan sendiri di Pusat Rekreasi Lata Kekabu, dekat Lenggong petang tadi.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Amirudin Khairudin, 44, dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Mangsa yang parah dikenali sebagai Azlan Ali, 40, dan telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Taiping untuk menerima rawatan, katanya.

“Polis Gerik menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 3.12 petang dan bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan. Setibanya di lokasi itu mendapati, seorang lelaki telah mati di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, masyarakat dinasihatkan agar tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version