Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bom lama ditemukan di tapak pembinaan lapangan terbang Kelantan

today29 January 2024

Background


Bom jenis ‘Aerial’ dengan ukur lilit 82.2cm dan 98cm panjang itu ditemukan pagi tadi ketika kerja penggalian longkang di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Bom seberat 125kg yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom IPK Kelantan, pada 3.20 petang ini.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata bom jenis ‘Aerial’ dengan ukur lilit 82.2cm dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

“Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bom tersebut berjaya dimusnahkan dan tiada sebarang kemalangan atau perkara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post