

Bomba berhempas pulas selama 12 jam untuk memadam kebakaran di tapak pelupusan sisa pepejal di Pulau Burung, Nibong Tebal di Pulau Pinang.
Seramai 24 anggota daripada lima balai terbabit dalam operasi pemadaman, dibantu 10 pasukan sukarela, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
Dilaporkan bomba giat memadam kebakaran di tapak berkenaan sejak awal pagi tadi.
Lapan aliran pancutan digunakan bagi mengekang api daripada terus marak ke kawasan lain, manakala dua jengkaut digunakan untuk menghalang kebakaran merebak serta memudahkan bomba ‘menyerang’ api.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Pulau Pinang dalam kenyataan.
“Kebakaran berjaya dikawal pada 11.55 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 5.13 petang….