
RANAU: Pasukan bomba terpaksa menggunakan tali “highline” untuk menghantar bantuan makanan kepada mangsa yang terperangkap akibat banjir di Kampung Perancangan, di sini, malam tadi.
Usaha itu dilakukan kerana lelaki terbabit tidak dapat menyeberangi sungai berikutan limpahan air sungai yang deras selain hujan berterusan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.55 tengah hari.
“Operasi menyelamat telah dijalankan namun keadaan arus sungai yang deras menghalang usaha,” katanya ketika dihubungi.
“Pasukan penyelamat kemudian berjaya menghantar bantuan makanan kepada mangsa menggunakan sistem tali ‘highline’ pada 10.40 malam.”
Beliau berkata, operasi menyelamat…