
KUALA BERANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan melakukan pemantauan dari udara di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir terutama di Hulu Terengganu bagi memastikan proses evakuasi atau pemindahan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata pada masa ini helikopter milik jabatan itu sedang melakukan proses memindahkan seorang pesakit dari Pulau Perhentian ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
“Selepas itu helikopter itu akan terus ke kawasan Kampung Lubok Pait di Hulu Terengganu untuk melihat dahulu macam mana situasi di sana kerana buat masa ini hanya bot saja boleh akses ke sana.
“Anggota kita pun ada di sana dan ada…