Hot FM

Bomba temui mayat lelaki berhampiran jambatan Sungai Belat



Bomba dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam yang mendakwa ternampak mayat terapung daripada jambatan Sungai Belat.

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menemui mayat seorang lelaki di Sungai Belat di Taman Desa Bistari, pada 8.10 malam tadi.

Ketua Zon Satu JBPM Pahang Mohd Shahrom Laji berkata mayat yang berseluar pendek dan tidak berbaju itu ditemui tersangkut pada pokok berhampiran sungai itu.

“Bomba dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam yang mendakwa ternampak mayat terapung daripada jambatan Sungai Belat pada 7.20 malam.

“Bagaimanapun, semasa bomba tiba di lokasi, mayat telah dibawa arus sebelum berjaya ditemui kira-kira 300 meter daripada jambatan tersebut,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohd Shahrom berkata mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan selanjutnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version