
PETALING JAYA: Seorang bomoh dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas mengaku salah atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol remaja dua tahun lalu.
Tertuduh, Zemi Ibrahim, 51, membuat pengakuan itu selepas kes disebut semula di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, menurut Harian Metro.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia 14 tahun ketika itu dalam tandas sebuah rumah di Pagoh pada November 2022.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 akta sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, dia…