
PETALING JAYA: Beberapa kumpulan perniagaan tidak menyambut baik cadangan ahli ekonomi membenarkan warga asing memohon lesen perniagaan secara terus dalam usaha mengekang amalan Ali Baba.
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Ameer Ali Mydin menyifatkan cadangan Geoffrey William “bukan penyelesaian”.
Katanya warga asing sudah dibenarkan mendapat lesen bagi perniagaan tertentu – “tetapi jangan beritahu saya Malaysia perlu memberi lesen kepada warga asing (untuk mengendalikan) kedai serbaneka dan pasar borong”.
Beliau berkata perniagaan sedemikian perlu diserahkan kepada rakyat Malaysia kerana ia tidak begitu memerlukan kepakaran untuk dikendalikan.
Ameer memberitahu FMT, Malaysia patut fokus menarik pelaburan asing, bukannya “(hanya) membenarkan sesiapa saja datang ke sini dan menjalankan bermacam jenis perniagaan”.
“(Kalau tidak) di mana orang…
