PETALING JAYA: Ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang terlibat dalam siasatan rasuah membabitkan beberapa Adun menafikan dakwaan beliau tidak beritahu perjalanan ke Indonesia yang ditaja, dengan menaiki jet peribadi, pada awal tahun ini.
CEO Sabah Mineral Sdn Bhd, Natasha Sim juga menafikan dakwaan bahawa beliau mengelirukan lembaga pengarah dengan meminda minit mesyuarat, seperti yang didakwa dalam suatu laporan polis yang dibuat di Sabah, petang tadi.
“Berdasarkan maklumat tidak sah yang tersebar, saya dengan tegas menafikan semua dakwaan salah laku terhadap saya.”
“Dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan berniat jahat ini nampaknya suatu percubaan sengaja dengan tujuan untuk merosakkan karakter dan nama baik saya,” katanya kepada FMT.
Menurut laporan polis itu, Sim dan suaminya didakwa menaiki jet…