Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Boss Ned Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian

today28 December 2025

Background
Boss Ned Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian – ‘Awak Insan Istimewa Di Fikiranku’


Ahli perniagaan, Nedim Nazri atau mesra disapa Boss Ned dilihat semakin terbuka berkongsi momen romantis bersama pelakon, Nadia Brian.

Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Foto Bersama Nadia Brian Dengan Kapsyen Romantis, Netizen Perasan Nora Danish ‘Like’

Berpegangan tangan

Terbaharu, Boss Ned memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dirinya dan Nadia saling berpegangan tangan di sebuah lokasi.

Dalam foto tersebut, Boss Ned tampil ringkas dengan persalinan serba hitam, manakala Nadia mengenakan baju berona merah.

Tanpa kapsyen panjang, Boss Ned hanya menitipkan ayat ringkas namun sarat makna indah iaitu “awak ialah insan istimewa di fikiranku”.

Lebih menarik perhatian, gambar berkenaan dirakam oleh aktres Tiz Zaqyah.

Terdahulu, Nadia mengakui bahawa hubungannya bersama Boss Ned masih berada dalam fasa saling mengenali hati budi, selain memohon agar semua pihak termasuk peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: Instagram



Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post

Sukan

Slot yakin Wirtz ledak lebih banyak gol selepas ini

London: Florian Wirtz kini mula menyesuaikan diri bersama Liverpool dan dijangka akan terus meningkat prestasinya, kata pengurus Arne Slot selepas pemain tengah Jerman itu menjaringkan gol pertamanya untuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menang 2-1 ke atas Wolverhampton Wanderers, semalam.

today28 December 2025