
PETALING JAYA: Bot dinaiki sepasang warga emas yang dalam perjalanan dari Terusan Sugut ke Batu Putih di Sandakan kehabisan minyak dan hanyut ke perairan Filipina Ahad lalu.
Md Asibih Tamang, 73, dan isterinya Fatima Ulo, 65, dilaporkan hilang ketika menaiki bot gentian kaca dalam perjalanan ke rumah anaknya di Kampung Batu Putih kira-kira 8 pagi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Zon Maritim Sandakan, Zainudin Mohd Zuki, berkata menantu pasangan itu membuat laporan kerana mereka sepatutnya tiba di rumah dua jam kemudian.
“Selepas mendapat laporan dari Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 6.30 petang hari sama.
“Pencarian pasangan itu ditamatkan selepas mereka dapat dihubungi dan dilaporkan dalam keadaan selamat di Pulau Mapun, Filipina,…
