Mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan bomba pada 8.37 pagi tadi.

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas apabila bot dinaikinya karam di Empangan Chenderoh, di Kampung Chenderoh, di sini, ditemukan lemas hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM pada 8.37 pagi tadi.
“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba yang didirikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Khairul sebelum ini dikhuatiri…