Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bot karam di Kuching, seorang nelayan masih hilang

today26 December 2024

Background


bot karam kuching
Bot nelayan dengan enam kru warga asing yang bertolak dari jeti Tanjong Bako 17 Dis lalu, karam di perairan Pulau Burong.  (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal mengesan seorang lagi nelayan masih hilang dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Burong, Kuching.

Setakat ini, lima daripada enam nelayan warga asing itu ditemui selamat selepas terapung beberapa hari di laut.

Lima nelayan terselamat itu ialah Oeun Van, Khlok Sem dan Thy Ny yang merupakan warga Kemboja serta dua rakyat Indonesia dikenali Andikah dan Irman.

Seorang nelayan masih hilang ialah warga Thailand berusia 60-an dikenali sebagai Chaloem Sonada.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, SAR dihentikan 6 petang Rabu selepas tidak menemui sebarang petunjuk.

“Operasi yang diatur gerak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan disambung esok (hari ini),” katanya menurut Harian Metro sambil menambah JBPM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post