Site icon Hot FM

Bot karam di perairan Sarawak, bapa temu mayat anak


Mayat Wong Pak Wei, 30, ditemukan bapanya semasa melakukan kerja pengapungan bot.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis, Gilbert Tinggak Numpang, berkata pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa yang menemui objek disyaki mayat anaknya di ruang ‘wheelhouse’ bot yang karam. (Gambar Facebook)

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat seorang nelayan tempatan, Wong Pak Wei, 30, yang dilaporkan hilang Isnin lalu, susulan bot dinaikinya karam berdekatan Tanjung Jerijeh, kira-kira 477km ke utara dari sini, pagi tadi.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis, Gilbert Tinggak Numpang, berkata Maritim Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima panggilan daripada bapa Wong kira-kira 8.55 malam semalam mengenai penemuan objek disyaki mayat mangsa di ruang “wheelhouse” bot yang karam itu semasa melakukan kerja pengapungan bot.

“Bapa mangsa turut memaklumkan keperluan untuk melakukan kerja selaman bagi membawa keluar mayat berkenaan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version