
PETALING JAYA: Seorang nelayan parah, manakala satu lagi cedera selepas bot fiber dinaiki meletup dalam kejadian di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, malam tadi.
Dalam kejadian pada 11.55 malam, Mohamad Bakri Idham, 54, melecur hampir 90%, manakala rakannya Nur Azman Sabu, 45, mengalami lecur sekitar 45%, pada keseluruhan badan mereka.
Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata letupan berlaku selepas mangsa membuka penutup ruangan tempat penyimpanan bateri.
“Mengikut maklumat daripada salah seorang mangsa, ketika mereka hendak membuat persiapan itu, mangsa membuat pemeriksaan bot dengan memastikan minyak, bateri, dan kelengkapan bot yang lain lengkap sewaktu bertolak ke laut.
“Namun, apabila mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, secara tiba-tiba berlaku letupan sehingga…