Hot FM

Bot nelayan karam: 1 selamat, 5 masih hilang



Dalam kejadian Isnin lalu, lima nelayan termasuk tekong hilang, manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Redang. (Gambar Maritim Malaysia)

PETALING JAYA: Hanya seorang ditemui selamat manakala lima lagi nelayan masih hilang dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Redang kelmarin.

Mereka yang terselamat ialah Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, manakala lima yang masih hilang ialah Zulkifli Umar, 48; Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49; Saludin Ismail, 50; Ahmad Zamri Ishak, 66 dan Mohd Nazri Abu Bakar, 48, semua berasal dari Bachok dan Pasir Putih, Kelantan.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) kesemua mangsa giat dijalankan menerusi pencarian di laut dan udara.

“Ia membabitkan sektor pencarian sehingga 242 batu nautika dari lokasi bot mereka dilaporkan karam. Operasi dilakukan Kapal Maritim (KM) Redang, aset udara Bombardier CL415…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version