
KOTA TINGGI: Tiga lagi mayat dipercayai mangsa tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau, ditemui pagi tadi.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor, Simon Templer Lo Ak Tusa berkata dua mayat lelaki dipercayai pendatang tanpa izin itu ditemui pada 10 pagi manakala satu lagi mayat lelaki pada 10.54 pagi.
“Dua mayat dijumpai terdampar di pesisir pantai kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian manakala satu lagi mayat ditemukan terdampar lebih kurang 800 meter dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, lima mayat ditemui antara 6.45 pagi hingga 7.45 pagi tadi yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.
Dengan penemuan ini, 19 mayat telah ditemui setakat ini manakala 17 mangsa dipercayai masih hilang.
Sementara itu, Simon berkata hasil saringan ke…