Annyeonghaseyo! Siapa sahaja yang tidak kenal dengan BTS? Salah satu kumpulan yang berasal dari Korea Selatan baru-baru ini telah berjaya menjadi fenomena global dan mendapat perhatian ramai.
Walaupun telah banyak kali mengungguli carta album di Amerika Syarikat. ‘Dynamite’ BTS sekali lagi membolot tempat pertama menerusi carta lagu Billboard Hot 100 untuk kali kedua. Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Billboard sendiri pada 8 September.
The #Hot100 top 10 (chart dated Sept. 12, 2020) pic.twitter.com/IAG02DvVb8
— billboard charts (@billboardcharts) September 8, 2020
Seminggu sebelum memenangis anugerah berkenaan ‘Dynamite’ BTS telah mendapat tempat pertama dan disebabkan hal itu, ramai pihak mengucapkan tahniah kepada kumpulan itu dan pengikutnya (fans) ARMY. Kali ini, BTS bukan setakat berkongsi kegembiraan melalui posting di aplikasi Weverse, malah mereka juga telah memuat naik satu video di media sosial Twitter yang menunjukkan mereka gembira dengan keputusan untuk kali kedua itu dengan kapsyen “This is just… #OurARMYReceivedAnAward”.
This is just…#우리아미상받았네 pic.twitter.com/Kq3uhyACWb
— 방탄소년단 (@BTS_twt) September 8, 2020
Bukan setakat itu, malah mereka juga sekali lagi memuat naik posting dengan kapsyen “teamwork makes the dream work!” dan kali ini ditujukan untuk kerjasama dari BTS dan juga ARMY sendiri. Woah! Tahniah untuk BTS dan ARMY di atas kejayaan ini!
teamwork makes the dream work !
— 방탄소년단 (@BTS_twt) September 8, 2020
Lagu Dynamite rasmi dilancarkan pada 21 Ogos lalu dan muzik video single terbaharu BTS tersebut telah mendapat 323 Juta tontonan setakat ini.
BTS juga mengumumkan dalam video siaran langsung mereka baru-baru ini bahawa mereka tidak sabar untuk konsert MAP OF THE SOUL ON:E akan datang iaitu pada 10 dan 11 Oktober ini.
[#오늘의방탄] #BTS on VMAs!
2020 MTV Video Music Awards
???
Thanks, ARMY??#BTSwithVMAs #BTS_Dynamite #방탄소년단 pic.twitter.com/wzfPOMTJW4— BTS_official (@bts_bighit) August 31, 2020
Dalam pada itu, BTS ARMY juga tidak sabar menanti 12 September ini bagi menyambut ulang tahun kelahiran leader kesayangan BTS dan juga ARMY iaitu Namjoon.
Filem BTS akan datang iaitu Break The Silence: Persona juga bakal ditayangkan serentak di seluruh negara bermula 10 September ini.
Tunggu apa lagi BTS ARMY!
