Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Buah Pinggang Bengkak, Air Mata Iringi Pemergian Kucing Zara Zya.. Netizen Turut Sedih!

today8 September 2022

Background

Pelakon Zara Zya dilihat berkongsi kesedihannya apabila memaklumkan beliau telah kehilangan kucing kesayangannya iaitu GabbyΒ  menerusi siaran live di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, punca utama kematian kucing kesayangannya itu adalah disebabkan kedua belah buah pinggang Gabby bengkak.

Malah, menerusi rakaman video yang dimuat naik semula oleh peminatnya, Zara dilihat menangis dan menjelaskan bahawa Gabby merupakan kucing yang telah dijaganya sejak kecil lagi.

“Gabby adalah kucing first saya mati hari ini. Saya beli dia masa dia kecil. Dia selalu teman saya tidur, teman saya makan. Kadang-kadang dia pun tak nak makan kalau saya tak teman dia. Dia manja sangat.

“Dia sampai gastrik sebab taknak makan kalau saya tak teman dia…. Sekarang ni saya baru balik shooting. Balik-balik tadi saya terus tanam dia.

“Sekarang ni kucing saya ada tiga ekor je selepas kematian Gabby,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

 

Sementara itu, Zara turut menyelar tindakan segelintir warganet yang dilihatΒ  seolah-olah tidak memiliki rasa empati apabila ada yang sanggupΒ  mentertawakannya ketika berkongsi perasaan sedihnya kehilangan kucing tersayang.

“Saya tak faham kenapa orang ketawa bila saya menangis sebab kucing.

“Bila saya cerita, saya bagi kucing saya ubat, orang ketawa… Kenapa?

“Dia makhluk yang bernyawa. saya bela dia macam anak saya sendiri. Saya tak faham kenapa ada orang yang ketawakan saya bila saya cakap pasal kucing saya mati,” jelasnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau memahami perasaan Zara malah, mengakui hanya pencinta kucing sahaja yang dapat merasai perasaan sama seperti dirinya.

 

Written by: Aqilah


Previous post