Hot FM

Buang ‘zombi’, kami tak mahu anggota, pegawai terjebak dadah, kata KP Pahang



Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata seramai 23 anggota dan pegawai polis Pahang dibuang selepas terbabit pelbagai kesalahan dalam tempoh dua tahun sejak 2020. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Seramai 23 anggota dan pegawai polis Pahang dibuang selepas terbabit pelbagai kesalahan dalam tempoh dua tahun sejak 2020, kata Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf.

Beliau berkata, sebanyak 14 kes direkodkan tahun lalu manakala sembilan pada 2020 dengan penyalahgunaan dadah merupakan kesalahan tertinggi, selain kes jenayah dan rasuah.

“Angka ini sangat membimbangkan, saya tidak boleh terima pegawai polis yang menagih dadah kerana ini adalah sesuatu yang sangat malang. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan polis akan meruntuhkan institusi keramat ini.

“Kami tidak mahu polis Pahang mempunyai zombi yang bukan sahaja menyusahkan penyelia dan rakan sekerja mereka, bahkan keluarga dan masyarakat keseluruhan. Implikasi dadah memang kita ketahui amat buruk,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version