
BATU PAHAT: Seorang pemandu ditahan selepas memandu secara bahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas dan melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa Botani, di sini.
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun yang memandu Toyota Supra itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar 12.15 tengah malam semalam.
Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat telah mengesan video tular berdurasi 37 saat di laman Facebook memaparkan kejadian berkenaan.
“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan serta risikan lanjut, pemuda berkenaan yang bekerja sebagai pekerja kilang ditahan pada 1.15 tengah hari tadi dan ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.
“Tahanan reman ke atas suspek…