Menerusi video tersebut, kelihatan seorang rider foodpanda sedang berada di dalam sebuah stadium bola ketika perlawanan berlangsung.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila rider itu seolah-olah mula mencari siapakah pelanggan yang memesan makanan tersebut.
Difahamkan, sebenarnya makanan dan minuman luar tidak dibenarkan memasuki dalam stadium, tetapi ada yang bertindak dengan memesan makanan penghantaran tersebut.