Menerusi video berkenaan, kelihatan pemuda itu pergi ke rumah teman wanitanya dengan membawa kek untuk menyambut ulang tahun teman wanitanya.
Apa yang lebih menghampakan adalah apabila sebaik saja dia mengetuk pintu, yang buka pintu bukan teman wanitanya tetapi lelaki lain. Dia dilihat kecewa dan menyuruh lelaki tersebut panggil teman wanitanya.
Pemuda itu dilihat tampil dengan berani dan tenang, dia tidak marah. Pemuda itu hanya tatap mata teman wanita lalu berikan kek kepadanya….