Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Buat Kejutan Untuk Suami, Mawar Rashid Hamil Anak Ketiga

today23 September 2022

Background

Pelakon Mawar Rashid berkongsi berita gaembira apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 27, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah. Β Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Mawar turut berkongsi keadaannya sepanjang kehamilan anak ketiganya ini termasuklah terpaksa di tahan di wad akibat Severe Dehydration.

Bahkan, Mawar tidak boleh makan, minum dan mengalami sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan beliau mampu berbaring sahaja.

Selain itu, anak-anak Mawar juga turut diuji dengan tahap kesihatan yang kurang baik.

“Diuji lagi dengan anak-anak demam lama dan berkali-kali.

“Kami bergilir-gilir tak tidur jaga anak. Mawar sakit sambil jaga anak,” kongsinya.

Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut rezeki dikurniakan zuriat ketiga ini adalah antara kemanisan yang diperolehinya setelah berdepan dengan dugaan kesihatan.

“Namun dalam kepahitan ada kemanisannya. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” jelasnya.

Berkongsi mengenai perkara itu, Mawar turut membuat kejutan buat suaminya, Raf Yaakob tentang kehamilannya ketika bercuti di Paris.

Malah, Mawar juga sempat memberikan kejutan buat rakan-rakan terdekatnya termasuklah ahli keluarga mengenai Β berita gembira tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

 

Untuk rekod, Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran sepasang cahaya mataΒ  iaitu, Rafael ,4, dan Rossabella, 2.

 

Sumber: Instagram

Written by: Aqilah


Previous post