Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak sedang berlakon menerima sijil pada hari graduasi.
Apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu berlakon menjadi perempuan dengan berpakaian kebaya dan kain batik. Fesyennya membuatkan netizen teringatkan penyanyi terkenal Nicki Minaj.
Lebih melucukan lagi apabila dia meletakkan lesung batu di bahagian dadanya dan menggunakan kuali sebagai sijil itu membuatkan ramai takut lesung batu itu akan jatuh. Tambahan lagi, dia juga meletakkan bakul yang menggantung buah-buahan di atas kepalanya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah: