Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Buat Laporan Polis! Farahdhiya Anggap Tindakan Individu Sunting Gambar Arwah Bapa Sebagai Biadap

today21 July 2023

Background

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya akhirnya membuat laporan polis hari ini selepas ada invidu berani menyunting foto arwah bapanya, Mohd Amin Zubir di atas kubur.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farahdhiya yang ditemani penerbit dan pelakon, Datuk A.Aida memaklumkan, laporan tersebut dibuat kerana dia ingin mencari individu terbabit.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan terimalah padahnya. Alhamdulillah selesai buat report dibalai, semoga dipermudahkan urusanku,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

 

Katanya, dia tidak akan memaafkan perbuatan individu tersebut kerana tindakan menyunting foto arwah bapanya itu sanagt melampau dan biadap.

“Buat masa ini saya memang tak ada niat untuk maafkan si pelaku. Saya berharap untuk tahu siapakah individu itu dan mendakwanya.

“Lagipun kelakuan seperti ini sangat tidak boleh diterima dan sangat kurang ajar,”jelasnya.

Sekadar info, bapa aktres berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari 2020 akibat masalah Sekatan Pulmonari KronikΒ  (COPD) iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya akibat tabiat merokok.

 

Sumber: mStar

Written by: Salma