Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Buat Laporan Polis, Julia Farhana Buka Mulut Isu Libatkan Lufya & Bekas Suami

today14 November 2022

Background

Pelakon Julia Farhana Marin tampil buka mulut mengenai kemelut yang melanda dirinya dan bakal suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz dengan pelakon Lufya Omar.

Menerusi kenyataan di Instagram, pelakon drama Harith Fayyadh ini menceritakan kronologi mengenai dakwaan pelakon Lufya Omar yang menuduhnya masuk campur dan menganggu kehidupan Lufya.

“30 Oktober: My circle of friends notified me that pihak sana dah tahu saya akan kahwin. Dan ada dakwaan yang tak berasas sampai dekat dia. Saya diam.

“1 November: Saya call our mutual friend. Saya explain, dakwaan yang dibuat dan disampaikan kepada pihak sana semua palsu. Kawan tersebut sarankan saya berjumpa dengannya walaupun bagi saya tak perlu. Tapi saya akur. Sebab? I want her to have a peace of mind.

“2 November: Bakal suami saya call dan memberitahu saya dia diserang di tempat kerja dan pihak sana fitnah saya which in response tarnished my name with my business partner.

“3 November: Saya tak initiate. Saya cakap dengan our mutual friend lets arrange a meeting dengan niat nak clear semua doubts or questions she may have. Saya terima message melalui mutual friend itu daripada pihak sana yang meminta saya advise bakal suami.

“Hari yang sama. Saya dinasihati oleh banyak pihak untuk buat laporan polis for future reference. Terutamanya berkaitan fitnah yang melibatkan rakan niaga saya,” jelas Julia.

Menurut Julia, dia tidak mempunyai masalah untuk berbincang mengenai permasalahan ini dan mempersoal tentang dakwaan dirinya menganggu kehidupan Lufya.

“Jadi dengan cara apa atau dalam keadaan apa saya menganggu? Sedangkan niat saya nak berbaik. Saya tak pernah approach. Not once until she forwarded a message to me via a mutual friend (3rd november) refer first photo.

“Many times bakal suami saya larang saya jangan berhubung dengan dia. Saya degil. Saya respons. Sebab apa? Sebab nak respect dia dan benarkan dia berbincang dengan saya jika perlu.

“Saya masih diam. Saya masih tak respons. Saya tak ada masalah kalau nak dibawa berbincang. Tetapi sebaliknya, saya dihina. My fiancΓ©e terima fitnah dan hinaan tentang saya. Still saya kata, tak apa. Mungkin dia salah faham. Tetapi sekarang secara umum?,” tulisnya.

Julia yang memulakan karier seni pada 2011 itu juga menjelaskan terdapat faktor lain yang membawanya untuk membuat laporan polis pada 7 November lalu dan hanya inginkan pengakhiran yang baik untuknya dan Che Hafiz yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Saya tidak berniat langsung untuk terlibat. Saya terima past bakal suami. Saya ingin membuat kesimpulan, terdapat begitu banyak faktor lain yang membawa kepada laporan polis. Saya tak post langsung saya pergi balai polis. Tak pernah share in public apa yang saya lalui.

“Atas rasa hormat dan privasi. Tetapi privasi dan rasa hormat saya tidak dibalas. Saya ingin mengekalkan perbualan secara peribadi, tetapi jika ini adalah laluan yang dia suka, saya tetap dengan pendirian saya.

“Kalau saya nak masuk campur atau ganggu dia, dah lama saya buat. Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ni?

“Niat saya simple, saya nak berbaik. Tetapi dibalas sebegini.

“Saya seorang yang sangat rasional. Tetapi saya akan suka kembali ke kehidupan peribadi saya. Saya sayang privasi saya dan saya harap saya akan diberikan itu. Sekian,” tutupnya.

Semalam, menerusi sebuah temu bual, Lufya memberitahu media agar Julia tidak menganggu dan masuk campur kehidupannya dan anak serta hal isu nafkah anak.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œSaya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamah” – Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

Written by: Aqilah