Menerusi video yang dimuat naik oleh @eya.syahira, kelihatan bayi lelaki itu sedang baring di atas floor mat sambil ditemani oleh ibunya.
Namun, apa yang membuatkan ibunya tergelak adalah apabila si kecil itu tiba-tiba menangis dengan kuat seperti ada sesuatu yang mengganggunya.
Rupa-rupanya, tangannya sedang menggenggam dan menarik rambutnya sendiri tanpa dia sedar. Walaupun ibunya cuba untuk meleraikan genggaman itu, tetapi dia tetap tidak mahu melepaskan tangan dan masih melalak.
“Buat lawak apa ni dik? Dia buat lawak Sepahtu,” kata ibunya.