Shahidan Kassim berkata kebarangkalian Umno kalah adalah tinggi.

PETALING JAYA: Keputusan Umno bertanding di tiga negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tindakan sia-sia, kata Shahidan Kassim.
Beliau berkata, tiga negeri tersebut adalah lubuk Perikatan Nasional (PN), justeru walaupun pelbagai formula dibuat, kebarangkalian Umno kalah adalah tinggi kerana pengikut parti itu sendiri sudah beralih arah.
“Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah lubuk PN, Umno nak bertanding buat apa? Bertanding pun kalah, buat malu saja, nanti hilang benih.
“Walaupun dia buat formula, Umno campur PH (Pakatan Harapan), maka jumlahnya dia menang tapi dia lupa orang Umno bagi (undi) masa tu, masa dia kata ‘No Anwar No DAP tapi sekarang dia duduk dengan DAP dan orang Umno tak setuju,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata…