Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Buat Pengakuan Dah Tanggal Hijab, Perkongsian Instagram Nonny Nadirah Cetus Persoalan

today28 December 2023

Background

Hantaran terkini pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah di Instagram Story (IGs) miliknya baru-baru ini telah mengundang 1001 persoalan.

Menerusi status tersebut, Nonny seakan meluahkan rasa kesal terhadap seseorang yang tidak henti menganggu kehidupannya sehingga mengakui sudah tidak peduli ‘permainan’ syaitan.

Menerusi status tersebut, Nonny memaklumkan dirinya kini sudah tidak bertudung, serta dipercayai meluahkan rasa kesal terhadap individu yang menghantar sihir kepadanya.

“Aku berubah kerana Allah SWT, bertudung, solat, macam-macam kau buat.. Ujian mengalahkan ujian Tuhan.

“3 tahun aku diam, sekarang dah tak bertudung, tiada amalan.. apa lagi yang kau nak buat?

“Apa kita ni sekarang hidup di zaman Firaun ke? Sekatlah sampai mati, aku sudah tidak peduli SYAITAN!,” ujarnya.

Nonny Nadhirah

Dalam perkongsian lain, Nonny turut memberi amaran kepada individu berkenaan untuk tidak mempermainkan isu agama.

“Orang lain buka tudung, gembira siap melaram. AKU TIDAK!

“Habis tu kenapa kau buka tudung? Kau nak aku jawab? Nanti kau cakap aku gila! Baik aku diam.

“Korang nak buat apa dengan aku, buatlah. Tapi bab ‘Agama Islam’, jangan main-main dengan aku!,” tulisnya lagi.

Nonny Nadhirah

Bagaimanapun, Nonny tidak menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung statusnya itu.

Sebelum ini, Nonny pernah mendedahkan dia melalui kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Teruskan Sihir, Ketawakan, Rosakkan Hidup Hamba-Hamba Allah Yang Telah Kau Aniaya” – Nonny Nadirah

Artikel Berkaitan: “Selepas Posting Gambar Seksi, Kini Video Berkemban Pula…” Nonny Nadirah Bikin Mila Jirin FRUST!

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

JDT ‘underdog’ musim depan

Kuala Lumpur: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan mereka akan tampil selaku pasukan ‘underdog' (bukan pilihan) pada musim hadapan.

today28 December 2023