Pelakon berbakat, Mierul Aiman mengakui dia sanggup mengupah jurulatih peribadi demi menjayakan watak ‘Andra’ dalam drama rantaian TV3, ‘Anak-Anak Mafia’.
Kata Mierul atau nama lengkapnya, Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, ini adalah salah satu cara untuk membantu pertumbuhannya dalam menjayakan watak tersebut.
“I do a lot, alhamdulillah juga Allah memberi peluang untuk explore my own way, saya pernah menjejakkan kaki Thailand sebagai persiapan tapi tidak semestinya satu ke dua hari kita dah boleh rasa power, tidak. Tapi untuk rasa karakter kita itu.
“Saya juga mengupah jurulatih peribadi untuk membantu pertumbuhan saya dalam karakter ini. Saya rasa dia mungkin memberikan sedikit effect dalam visual side. tetapi bagi saya ia membantu banyak dari segi berapa banyak lagi kita akan berdepan dengan babak aksi dan sebagainya bersama jurulatih peribadi saya.
“Tiga hari bersama personal trainer dan sehari break,” katanya.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, Mierul menganggap watak sebagai Andra dalam drama ini berjaya mencuri perhatiannya ketika kali pertama ditawarkan oleh pihak TV3 kerana dia boleh merasakan watak itu adalah miliknya.
“Ini adalah naskhah TV3 yang saya adalah main characternya. Alhamdulillah.
“Ada keterujaan dan saya happy sangat-sangat. Sebenarnya, saya juga sudah beberapa kali dilamar oleh pihak Media Prima dan we are ready to do this dan macam mana sekalipun saya kaan berusaha untuk membawakan yang terbaik kepada semua.
“Bagi saya membawakan watak Andra ada dia punya keterujaan, unik dan plot graf ini dan yang ‘mencuri’ hati saya untuk membawa watak Andra ini dan merasakan Andara itu milik saya adalah, bagaimana watak ini tidak ada langsung ‘anarchy person’. Dan berlainan sangat dengan watak lawannya.
“Watak ni kena betul-betul study. Macam watak lain yang pernah saya bawa. Andra ni nak celup negativiti tidak ada, hanya good point sahaja,” jelasnya.
View this post on Instagram
Selain Mierul Aiman, ‘Anak-Anak Mafia’ turut dibintangi pelakon Scha Ellinea, Fitri Farok, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan ramai lagi.
‘Anak-Anak Mafia’sudah mula ditayangkan pada 12 Jun lalu.
Drama 10 episod ini menampilkan kisah penuh aksi, dendam dan konflik yang berpaksikan dunia jenayah terancang di ibu kota.