Baru-baru ini kita digemparkan dengan jualan 10,000 Sambal Nyet oleh YouTuber masakan terkenal Khairulaming yang habis terjual dalam masa tidak sampai sejam, atau lebih tepat lagi dalam masa 54 minit sahaja.
Walaupun ianya habis terjual dalam masa sejam, namun proses untuk menghantar ribuan botol sambal berkenaan bukanlah satu kerja yang mudah dan ianya mengambil masa sehingga sembilan hari untuk beliau menyiapkan penghantaran sambal tersebut secara pengeposan.

