Site icon Hot FM

Buat program menarik tingkat enrolmen, sekolah kurang murid diberitahu


Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying ketika lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bulat, hari ini. (Gambar Bernama)

SARIKEI: Sekolah kurang murid (SKM) perlu mengadakan pelbagai rancangan atau program yang menarik agar mampu meningkatkan lagi enrolmen murid, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Beliau berkata ia termasuk mengadakan kelas prasekolah bagi memastikan ramai murid memasuki tahun satu di sekolah berkenaan.

“Masalah kurang murid boleh ditangani dengan mengadakan prasekolah. Dengan adanya ramai murid di prasekolah boleh menjamin enrolmen lebih ramai murid ke tahun satu.

“Kena adakan banyak rancangan atau program di sekolah untuk menarik ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bulat.

Beliau berharap semua sekolah dan guru besar mengambil tanggungjawab berkenaan dengan serius dan menyediakan pakej tertentu yang boleh menarik kemasukan murid ke sekolah mereka.

Lim berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version