
PETALING JAYA: Seorang kakitangan sekolah di Johor Bahru direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.
Perintah itu dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, menurut Harian Metro.
Suspek berusia 40 tahun direman hingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, SPRM dalam kenyataannya memaklumkan penahanan lelaki terbabit oleh SPRM cawangan Batu Pahat bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dia ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada 5 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan.
Difahamkan, suspek disyaki menyediakan dokumen palsu atas nama sebuah syarikat bagi menuntut bayaran berkaitan kerja pembekalan cetakan modul bahan…