Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buat tuntutan palsu, pengarah syarikat direman 4 hari

today10 January 2023

Background



Pengarah syarikat itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada petang semalam bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu dalam projek pembinaan sebuah bangunan bernilai kira-kira RM92 juta di Kuala Terengganu.

Tempoh reman hingga Jumaat ini terhadap lelaki berusia 64 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin setelah membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Sumber SPRM memaklumkan lelaki berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada kira-kira 3.45 petang semalam bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber itu, pengarah syarikat itu disyaki terlibat dalam memperakukan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu melibatkan kerja-kerja mekanikal dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post