Menurut sumber, ia membabitkan jumlah tuntutan antara RM450,000 hingga RM2 juta.

PETALING JAYA: Seramai 47 pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu berkait program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (Penjana Kerjaya).
Empat belas wanita dan 33 lelaki berusia 30 hingga 70 tahun itu ditahan menerusi Ops Hire 2.0 di seluruh negara sejak petang semalam kerana mengemukakan tuntutan kepada Perkeso, kononnya mengendalikan program Penjana Kerjaya, namun tidak berbuat demikian.
Menurut sumber, ia membabitkan jumlah tuntutan antara RM450,000 hingga RM2 juta.
Semua 47 individu itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara hari ini untuk permohonan reman.
Dalam Op Hire 1.0 tahun lalu, 74 individu daripada 60 syarikat ditahan membabitkan tuntutan palsu berjumlah RM88 juta, dengan 52 daripadanya didakwa di…
