PETALING JAYA: Seorang ahli akademik dan ahli ekonomi menggesa Majlis Profesor Negara (MPN) dibubarkan serta-merta, selepas presidennya didakwa di mahkamah atas tujuh kes pecah amanah.
Sharifah Munirah Alatas, timbalan pengerusi Gerak, sebuah gerakan akademik, menyatakan bahawa majlis itu masih belum memberikan sumbangan ilmiah yang besar kepada kebaikan negara meskipun menerima dana kerajaan.
Beliau berkata, MPN sebelum ini digunakan untuk mengesahkan parti politik yang memerintah, bukannya mempromosikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai etika yang membantu pembangunan negara.
“MPN seolah-olah tunduk kepada kuasa yang ada dan bukannya mencari kebenaran atau penciptaan ilmu baru,” katanya kepada FMT.
Ahli ekonomi Nungsari Ahmad Radhi yang juga pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah, berkata beliau tidak melihat keperluan untuk MPN kerana semua profesor…