Turut ditahan polis ialah bapanya yang berusia 49 tahun, untuk siasatan bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Kanak-Kanak.

SHAH ALAM Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.
Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata, pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit, yang berusia 49 tahun, di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada 1.15 tengah hari tadi.
Cha berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Klang Selatan menerima satu klip video berdurasi 1.21 minit yang ditularkan menerusi media sosial.
“Klip berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna ‘silver’, dipercayai pada Jumaat lepas kira-kira pukul 6 petang,” katanya dalam…