Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak

today19 July 2026

Background


Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif dilapor rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan, di Johor Bahru. (Gambar Shining FC)
JOHOR BAHRU:

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan di sini, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Shining FC, Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif yang menyertai kelab itu sejak berusia lapan tahun disifatkan seorang bersemangat, rajin berlatih, menghormati jurulatih serta sentiasa membawa senyuman kepada rakan-rakannya.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat seluruh keluarga Shining Academy. Kenangan, semangat dan jasanya akan sentiasa terpahat di hati kami.

“Kami mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post