
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas disyaki didera penjaga sementara yang merupakan rakan wanita kepada ibu mangsa di Taman Desaria, Petaling Jaya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar, berkata dalam kejadian itu, mangsa didapati cedera di bahagian mata, tangan dan luka di punggung.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh wanita terbabit, selepas ibu mangsa ditahan atas kesalahan dadah pada 18 Sept dan dijamin suaminya pada 6 Nov.
“Apabila mengambil anak, mereka mendapati terdapat kecederaan pada kanak-kanak itu. Penjaga sementara tersebut memberi alasan mangsa cedera akibat terkena mercun.
“Mangsa kemudianya dibawa ke klinik untuk rawatan pada 8 Nov dan laporan polis dibuat oleh doktor pada 9 Nov,” katanya dalam…