Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Kuarters Polis USJ 8, Subang Jaya, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.35 pagi tadi.
“Menurut ibunya, sebelum kejadian, dia berada di bahagian dapur manakala dua anaknya sedang bermain di ruang tamu.
“Namun selepas itu, dia terdengar bunyi pintu bilik bahagian tengah tertutup dengan kuat dan cuba membuka pintu itu, tetapi gagal kerana pintu telah terkunci,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azlan berkata ibu mangsa kemudian mendengar suara anaknya meminta tolong sebelum dia ke bilik bersebelahan dan apabila melihat dari luar tingkap mendapati anaknya itu telah terjatuh ke bawah.
Katanya petugas kesihatan…