Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 16 kuarters hospital

today25 March 2024

Background


Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada 4.28 petang tadi dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.